Monday, September 20, 2010

Diary of Nadya - episode 2

*************************************************

novel mango cheese cake

season 1 - 20 episode

watak watak:

1) nadia:
nadia adalah seorang gadis 19 tahun yg sgt suka bergaya dalam berpakaian.
freehair, kerap juga pakai tudung, depends mood dia..haha
nadia anak ketiga dari 5 beradik.
nadia lepasan matrix.
berasal dari keluarga sederhana di kuala lumpur

(sambungan charater lain)

11) atikah
juga bff nadia.
suka memikirkan masalah
ada bf yg teruk.
lepasan diploma

12)johan
bf atikah.
perangai sengal and mean
bajet handsome.

13) abang meor
senior handsome yang nadia jumpa masa orientasi
perangai baik

**************************************************
episode 2: orientasi bermula

camera: pemandangan dari luar kolej puteri yang gelap dan tenang pada waktu pagi kelihatan sangat indah....burung bernyanyi2 ria.... di tambah azan subuh mula mendayu2 menambahkan lagi ke asyikan pagi itu....camera yg mula nya di luar, mula zoom ke dalam bilik nadya...bilik yg masih agak bersepah dgn beg2 besar kelihatan di lantai...

jam menunjukkan pukul 5.59 pagi. nadya kelihatan tidur dgn sangat lena walaupun alarm di handphone nya semakin rancak mendendangkan lagu 'the show', lenka.

seperti tidak mahu mengaku kalah, alarm handphone sarah juga mendendang kan lagu nya sendiri. kedengaran lagu 'nobody' dari wondergirl . semakin lama lagu kedua-duanya makin kuat... namun 2 gadis tersebut semakin lena tidur ada la. hampes sungguh.

alarm handphone berhenti berbunyi buat sementara. 10 minit kemudian wondergirl bernyanyi2 semula...nadia yg dari tadi tidur lena mula terjaga dari alam mimpi.  kelopak mata nadia perlahan2 dibuka...

nadia: ape kejadah lagu ni dok ulang ayt 'nobody2' byk kali..[dalam keadaan mamai]

aku berusaha untuk bangun. tapi masih agak mamai .. lagu dari handphone sarah makin kuat.. yang memelik kan, tuan punya handphone tu tak bangun2 plak. aku check handphone aku, emm dah pukul 6.12 pagi...aku off kan snooze alarm handphone dan terus bangun pergi ke katil sarah utk gerak dia solat subuh.

nadya: sara..sara, bangun subuh..[dgn penuh lemah lembut]

sarah: uhh..emm..okay.. [muke mamai]

lepas gerak tu, aku terus kuar pergi ambil wudhuk. buka je pintu bilik tengok dah ramai budak bangun. bagus2 hari pertama semua semangat yeerr..aku terus pakai seliper dan berjalan ke bilik mandi. sampai je aku terus basuh muka buang taik mata. agak2 dah segar skit tu aku terus amik wudhuk.

setel amik wudhuk aku terus keluar dari bilik mandi dan selisih dgn sarah.

sarah: time kacey nad, sbb kejut [sambil tersenyumm]

nadia: hihi..same2 kaceyh. len kali gerak kite plak eyk [senyum]

sampai je dkt bilik aku terus pakai telekung dan solat... lepas solat aku geledah beg besar aku.... aku cari baju kurung utk dipakai hari ni. ermm, nak pakai warna apa eyh? hmm, warna biru ni macam cantik. pakai yg biru nie la. aku terus kemaskan 1 meja dan lapikkan nya dgn kain batik dan seterika baju kurung biru di meja tu..

lepas je aku seterika, giliran sarah pula seterika baju kurung dia, warna pink. aku merehatkan diri atas katil. ingat nak lelapkan kepala sampai pukul 7...

kejap je rasa nya aku terlelap. sedar2 sarah kejutkan aku cakap dah pukul 7.15 pagi. suasana dkt blok kolej pun dah lain, bising semacam je. semua tengah bersiap untuk ke kelas masing2. aku tengok sarah pun baru bersiap nak pergi mandi. aku bingkas bangun, ambil peralatan mandi dan berjalan dgn sarah ke bilik air.

masuk je dalam bilik air, mak aiii banyak btul budak. bilik air pun semua nyer penuh. aku dan sara gosok gigi dulu. dan bila ada 1 bilik air kosong aku bagi sarah mandi dulu. waktu sarah nak masuk tu tiba2 ada sorang pompuan ni potong line. selamba je dia masuk. kerek nyer, sempat lagi dia cakap,

diyana: excuse me, tepi2 [dgn angkuh, sambil tolak sarah]

kesian sarah kne tolak, malas nak bergaduh... kitorang sabar je la, bagi je dia masuk. aku tgk ada sorang lagi member dia tgh tunggu bilik mandi 1 lagi kosong untuk mandi.

nadia: sara, yang ni jgn biar dia masuk, kita yg beratur dulu patut kt yang dpt. [berbisik pada sarah]

sarah: ok, kita masuk dlu yg ni. [sarah mengangguk]

tak lame pastu 2 lagi bilik mandi kosong, kitorang terus masuk cepat2 dan mandi..minah tu terpinga2 sebab dia terlambat masuk hahah...wah best nyer mandi air sejuk pagi2 !!! ohhh

****************************************************

selesai mandi aku lap2 badan, lap rambut dan berkemban keluar dari bilik mandi, kebetulan sarah pun baru keluar...ahh, bestnyer mandi, rambut dah harum dengan shampoo, badan dah segar dengan sabun perisa oranges.....aku sempat mengerling ke arah cermin bilik mandi, sexy gak aku berkemban eyh..hihiks..aku dan sarah pun berjalan seirama ke bilik.

aku dan sarah terus bersiap. aku capai hair dryer dalam beg, plug in dan terus blow dry rambut panjang mengurai aku. rambut aku panjang, susah nak keringkan cara manual. sarah rambut paras bahu je tak payah guna hair dryer pun tak apa. rambut dah kering aku terus sikat...bak puteri raja gaya aku sikat ayu semacam tak bleh blah!..hihikss..selesai sikat aku mula berpakaian..baju kurung biru ni mmg 1 of my favourite dress..

sambil bersiap tu aku tengok sarah mengeluarkan banyak koleksi tudung yang cantik2 dari almari loker dia..hmm interestings.

nadia: wow, banyak nyer tudung awak...cantik2...sulaman ni unik, awak jahit sendri ke?[sambil belek2 tudung dari loker sarah]

sarah: emm, yup i jahit sendri tu..awak berminat ke? if awak suka, awak boleh ambil and pakai aje bila2 awak nak. lagipun saya ada banyak [tersenyum manis]

nadia: mesti la suka, hmm btol nie? cantik laaa...nanti esok2 saya pakai ekk..awak pun kalau nak mudah rambut kering pakai je hair dryer saya tu..

jam menunjukkan pukul 8 pagi. aku segera capai beg sandang dan keluar dari bilik, pakai sandals.. aku tengok sarah pakai baju kurung warna pink dan tudung pink, warna menggoda tu...

****************************************************

camera: kelihatan 2 orang gadis cantik dan comel berjalan seiringan ke stesen bas. seorang free hair dan seorang bertudung ayu. kedatangan mereka ke stesen bas yang sesak itu telah menarik perhatian banyak mata, lebih lagi dari pelajar lelaki.

nadya: sesak nyer ya Allah..macam kena berebut je naik bas ni....

sarah: ye lah, macam mana ni..malas la nk berebut, lagi2 dgn student boy.

nadya: dah pukul 8.15 ni, orientasi kan pukul 8.30..nak taknak kne la berebut...eh tu bas jom naik..(bas ni special utk pelajar uikm ke kelas saja, tiada org luar)

aku dan sarah bergegas untuk masuk ke dalam bas. sesak macam ni jangan kena raba sudah, detik hati ku. masa nak naik bas tu aku belakang sarah. biar dia naik dlu. time nak naik bas tu pakcik bas tu happy semacam jer..sengih sampai nampak gigi..aku bayar la tambang bas tu, rm 1, untuk kegunaan sepanjang hari..aku buat muka pelik sebab pakcik bas tu senyum2 mcm gatal bila pandang aku..kesian dia.. patut aku senyum balik sebab senyum tu sedekah..eh ape ape lah.

****************************************************

aku dan sarah berjalan atas bas. mencari-cari seat kosong. seat depan seperti yang ku sangka, dah penuh...kitorang beralih ke seat tengah.....penuh jugak, hmm aku ada firasat buruk....sampai ke seat belakang, penuh jugak! oh tidak, aku tak suka berdiri pagi2 atas bas yg bergoyang....sudah la dari bilik nak turun dan jalan kaki ke stesen bas pun jauh... oh tidaakkk...

tiba2 ada seorang student lelaki sentuh lengan aku. aku pandang ke arah dia. dengan gaya rambut terpacak dan segak berbaju kemeja style belang2 dan tali leher, owh, danial dengan shafiq rupanya...

danial: hey nad, u looks so blue this morning [dgn gaya penuh macho mesra] hi sarah [tegur sarah skalik]

nadia: hahha..[aku tak mampu nak tergelak sebab penat berdiri]  hai danial [sambil senyum cam tak ikhlas, penat la weh, at least ko bagi seat tu boleh gak aku senyum manis2 kt ko..]

danial: nad, sarah awak duduk la kat sini [sambil tepuk peha shafiq suruh bangun]

nadia: (pucuk di cita ulam mendatang!!!) eh, tak payah la susah..takpe2 [lain di mulut lain di hati]

danial ni mmg nice lah pulak, memahami aku btol, dia dan shafiq terus bangun dan aku ketepikan badan aku skit untuk bagi laluan diorang keluar...memandangkan seat dah kosong, aku terus masuk la duduk tepi tingkap sambil buat senyuman paling manis utk 2 org jejaka macho tu..

ahh lega aku dapat melabuhkan punggung ke atas kerusi empuk ni..hilang satu masalah..hihiks..alang2 dah tepi tingkap ni baik aku menikmati pemandangan bangunan2 uikm yg design nyer, cantik2 nie, lagi2 fakulti engeneering...fakulti diorang cantik, jelous lah pulak...aku budak art and design patut nyer fakulti aku lagi cantik..hmmm!!

sedang aku memandang ke luar tu. ada sorang mamat yg tengah naik motor  tepi aku ni, dia memandang ke arah tingkap bas. bahaya tu. ko nak bawak motor pandang depan laa. knape pandang tingkap bas?? terbabas baru kau tahu...serentak dengan itu motor itu kelihatan terbabas dari jalan dan merempuh semak samun. mujur lah motor itu tidak laju. ape ke sengal mamat tu?

puas memandang persekitaran uikm yg besar dan cantik, aku mengerling kejap ke arah 2 org jejaka tu, diorang berdiri tepi kitorang jer, aku pandang danial, ehhhh dia pun pandang aku, sambil tersenyum plak tu, bola mata kami bertemu, aduh malunye, aku cepat2 alihkan pandangan aku dan buat2 bercakap dgn sarah.... kang dia ingat aku suka pandang dia plak..

****************************************************

akhirnya kami sampai ke fakulti art and design, bas berhenti aku dan sarah bingkas bangun..selamat tinggal kerusi empuk heheh..kitorang follow je belakang danial dan shafiq, diorang mcm tahu2 je kt mana nk pergi, fakulty kitorang ni besar... ramai pula pelajar pagi ni..dari kejauhan aku nampak mahmud dan umar bersama pelajar2 lain. kitorang pun berkumpul...ramai, ada dekat 50 lebih org kot, 2 kelas..nanti akan terpecah jadi kelas A dan B..

dalam suasana riuh rendah tu, aku borak2 dgn sarah je la, budak2 lain aku tak berapa kenal lagi..tiba2 mahmud datang tegur aku lak..

mahmud: haii nad ! selamat pagi !!! dah breakfast blom?

nadya: hiii...belum la mahmud..perut i pun dah berbunyi niy..[dgn nada mengada2 minta boifren suap nasik..hahaks] (saje je tease dia tgk ape dia reply)

mahmud: sama lah kita, jom pergi cafeteria minum2 teh tarik ke nasik lemak ke !! [dgn nada excited tak hingat]

nadya: [hihiks gelak manja.. dah agak dia reply nie] boleh..awak nak blanje kite ke? (jgn jadi pisau cukur)

mahmud: jgn kata belanja, cafeteria tu pun i sanggup beli tau..awak cakap je nak makan ape..[muka serius tu nak tergelak aku]

nadya: (cewah ayat..lelaki..) okey, jom pergi makan [aku ajak sarah skali]

dan dan kitorang nak bergerak ke cafe tu, kedengaran suara umar dan johan kata nak follow..wah sekampung datang, ada seat ke nanti? cafe tu dah ler ramai, detik hati ku..

****************************************************

sekali lagi firasat hati ku tepat. seat penuh..org yg beratur pun ramai giler..di sebabkan lapar, aku dan sarah pergi beratur gak la..hmm, banyak kuih, tapi tak tahu nak makan apa, pagi2 ni lapar, tapi mood nak makan dalam keadaan bising ni kureng skit...malas peningkan kepala, aku order je nasi lemak..

makcik cafe: yea adik nok make apo? [kelate ni]

nadya: erm, nasi lemak dan telor mata...(banyak gak pilihan lauk, tapi sotong dia mcm keras je..malas aku mengunyah pagi2 tak pasal2 tercekik lak.)....air pulak, milo ais yer...

sarah pun order nasi lemak telor mata and teh tarik...lepas dah bayar kitorang cari seat...kelihatan mahmud dgn muka ceria angkat tangan tanda dia dah jumpe seat...mahmud ni mmg boleh diharap kalo part carik2 seat ni..bagos2...ni aku syg nie...

sampai je dekat meja 6 seat tu aku duduk bertentang dgn mahmud, sarah plak sebelah aku, sebelah sarah kosong....aku jeling ke arah umar, diam je dia nie..tapi mmg smart la rambut dia..style emo jepun..makin handsome plak..aku pandang dia..dia perasan aku pandang, pastu macam malu2 plak..haha kelakar..boleh aku usik mamat nie...hihikss..

aku pun menyuapkan nasi lemak ke dalam mulut dgn penuh brutal..lapar lah hihik..sedap gak nasik ni...sambal dia mengancam gak..sedang aku sedap menikmati nasi lemak tu..mahmud memulakan perbualan...

mahmud: nadia dapat tak message saye hantar pagi ni [pandang tepat mata aku..mulut lak senyum2..]

nadia: message? owh ....[aku segera cari handphone dalam handbeg..tengok2 ada 4 unread msg] sorry la mahmud, i tak sempat nak tengok handphone pun pagi ni, nak cepat sangat pagi tadi..

mahmud: ohh takper, ermm, kita makan slow2 je ok.. seminar start pukul 9 pagi bukan 8.30 tadi encik ramly inform pada saya masa tgh menunggu ramai2..dia suruh kita pergi breakfast dulu..sebab tu saya ajak awak..

nadya: owh bagus la, if start 8.30 pingsan la kebulur tak makan haha [kitorang sume gelak, ada bakat masuk raja lawak kah aku??]

kitorang borak and makan sampai pukul 8.50...umar yg tadi pendiam dah banyak cakap..dia borak dgn sarah..yg aku tak suka si johan tu..asik pandang2 aku..aduhh pelik tol org ni, tak selesa lah..lepas tu dia macam cuba snap picture aku senyap2...konon tengah taip message kt handphone..adakah hanya perasaan aku or btol2 dia snap picture? eemm tah la, ohh..

****************************************************

camera: 9 pagi, jam di cafe berbunyi dan kelihatan semua pelajar berpusu2 mencari dewan kuliah mereka. nadia dan sarah juga tidak terkecuali

umar: dewan kita dekat tingkat 4..jom ikut kitorang..

nadya: ha? tingkat 4...owhh my gosh [jawab mcm malas]

umar: kenapa penat ke?

nadya: takde lah..mana ada penat..i kuat mcm power rangers kaler pink lah

gelak pulak dia....huhu ...aku malas borak sambil daki tangga..semput oh..dah la dewan tu tingkat 4, lepas tu dekat hujung skali..berpeluh wehhh..

masuk je dalam dewan...mak aiiyyy..sejuk nyer..kuat plak air cond yer....jalan2 cari seat tu aku nampak danial, sebelah dia adalah pompuan macam aku knal..hmmm bukan dia yang berebut bilik mandi dengan sarah pagi tadi tu ker..??....last2 aku pilih seat belakang sebab dewan dah penuh..lambat sangat masuk..hihiks...nasib baik ada seat...budak yg datang lagi lambat ramai yg berdiri..punya ramai student baru..

aku pun duduk la sebelah sarah... sebelah kiri aku plak umar..bagus2 leh aku menyakat dia..hihihiks..

lebih kurang sejam ceramah yg membosankan..aku buat2 je salin...aku pandang umar tgk dia tgh melukis pulak dah..haha..aku rasa cam nak usik dia la..

nadya: umar cantik la awak lukis...lukis la i..boleh tak?

umar: hmm, u? [dgn nada pandang rendah..]

nadya: yup, lukis i mcm anime comel2 boleh? [nada menggeretik nak tarik perhatian guy sambil buat muka secomel yg mungkin]

umar pun setuju dan melukis dgn penuh khusyuk..aku pun biarkan dia...mula kacau sarah pulak..aku tanya...

nadya: sara, cuba awak tengok girl tepi danial tu..bukan dia yg berebut dgn awak pagi tadi ke?

sarah: ermm [sambil cuba tengok2] tak pasti lah..view belakang susah nak cam, tapi dari rambut warna perang2 skit tu..mmg dia la kot?

****************************************************

tgh ralit berborak dgn sarah, tiba2 je mahmud yg tah datang dari mana cuit bahu aku...ohhh..dah berani cuit bahu anak dara org eh mahmud???..

mahmud: [dgn muka senyum nampak gigi excited tahap tak ingat] nad! awak vote utk saye ye nanti...saye nak jadi ajk student semester 1...

nadya: [aku mengangguk je sambil senyum..] okey..

rupanya skg speaker tgh cari ajk setiap semester, sungguh tak khusyuk aku dalam mendengar ceramah. haha...aku cuba menumpukan perhatian dalam sesi voting tu...cuba mencari mana2 senior yang handsome2..

tapi malangnyer, lagi ramai senior yang patah dari yang keras....faham2 lah!! course aku pun course fashion...sebab tu aku respect jugak dekat mahmud because dia ni lelaki tulen (kot?) yang ada ciri2 leader..

boring2..dari semester 6 sampai 4 semua tak best(antara pompuan atau lelaki patah)....sampai semester 3, ada sorang senior ni handsome gak, nama dia meor...aku pun vote la dia..sampai la part semester 1....ramai jugak yang vote mahmud....dan akhirnya mahmud jadi ajk budak semester 1..hmmm congratz mahmud, tapi knape ko dok jauh dari aku..aku  hanya mampu senyum sambil kenyit mata je kat ko...okehh, sangat tipu! hihiks

****************************************************

setel pemilihan ajk, dah masa utk makan tengahari..lepas ni ada group game katanya...mahmud datang kt aku sambil tersenyum gembira dan penuh excited...

nadya: congratz mahmud...[sambil tersenyum]

mahmud: terime kasih nad sebab sudi vote sayer..jom pegi lunch?

aku dgn sarah pun follow je mahmud..dkt cafeteria dah penuh dgn nasi bungkus...hmm mcm sedap, free lak tu..aku dgn sarah pun makan lagi..ohh..debab alert!! nenong nenong..

selesai makan, azan zohor dah berkumandang. aku pun pergi surau dgn sarah..solat semua..dah selesai solat, jam menunjukkan pukul 1.57 petang..so terpusu2 bersama pelajar lain mendaki ke tingkat 4 utk masuk group game...

masuk dalam dewan kuliah, aku jumpa encik ramly utk tanyer aku group apa dan bilik mana..

en.ramly: haaa, nadia, awak group C, pergi dekat kelas BK 16, tingkat 3..sarah pula awak group E, pergi BK 4, tingkat 2 yer..

nampak nyer aku terpisah dgn sarah dalam acara ni..sedihnyer..tapi takpe lar..bye bye sarah..huhu..aku turun ke tingkat 3, mencari BK 16, kelihatan dari tingkap pintu ada abang meor...ohhh handsome nyer..ini dah bagus..sama group dgn aku rupanya..

***************************************************

aku pun masuk dan beri salam dan senyuman terindah dan ter friendly pada semua pelajar di dalam tu..skali lagi tipu..padahal aku senyum malu2 je, aku kan wanita melayu terakhir..

meor: waalaikumsalm, sila masuk adik, nama apa?

nadia: panggil je nad [sambil senyum]

meor: ok, nad awak boleh duduk di mana2 sit kt sana...

baru aku perasan, dalam kelas ni ada johan...hahaha..dia senyum2 plak dekat aku...aku senyum balik, kesian plak if tak layan...berkawan biar seribu bercinta biar sejuta hihihiks.

aku pun pilih satu sit beside satu girl ni...tiba2 dia friendly plak dgn aku..biasa la muka murah rezeki..

atikah: hai awak, nama saye atikah [sambil senyum]

nadya: hai atikah, i nad..[kitorang bersalam]

borak2 dgn atikah ni aku rasa boleh masuk kepala jugak minah ni heheh..kitorang gelak2 dkt belakang kelas..tiba2 ada sorang lelaki panggil aku..

****************************************************

shafiq: oi nad..nad..

nadya: (eh shafiq pun ada ke..boleh tak prasan) yep, knape fiq?

shafiq: aku ada 1 teka teki utk ko larrr nad..[dgn muka poyo]

nadya: hah..ape dia? [muka pura2 excited, kang kesian plak dia]

shafiq: apa benda ni, kangkang, kepit, kangkang, kepit, sampai climaks pegang buah..... ha .....cuba teka apa dia? [dgn muka dan gaya skali!! gatal!! ]

nadya: erk? [mata aku bolat kan, si atikah kat sebelah boleh plak gelak2..]  macam lucah je !

shafiq: jawab ler nad  hehehe [senyuman gatal]

nadya: entah! tak tau...takkan 'org tgh tu'..?

shafiq: tgh ape nad? cuba details skit..hehhehe

nadya: 'tgh tu la' ( hey dia ni malas aku nak layan)

shafiq: salah, bukan 'org tgh tu', tapi org tgh panjat pokok kelapa la..wekk nadya otak blue..sama blue dgn baju kurung dia..

nadya: elehhh..btol la itu la jawapan yg i nak ckap..tgh panjat pokok kelapa kan..(what the heck ckp aku otak blue ..tampor kang!!)

pastu si shafiq tu gelak2 plak dgn johan..cis..aku dipermainkan..tak rela!!!

****************************************************
tiba2 kedengaran 1 suara yang garau menegur...

meor: ape yg bising sangat dekat blakang tu?

tengok abang meor aku dah bersuara. malas dah aku nak layan si shafiq ni...dia nak kan perhatian aku la tu...aku mula concentrate pada rule game yg meor tengah terangkan tu..

meor: ok, korang mesti mencipta satu baju dan seluar dengan hanya menggunakan kertas, korang boleh pilih group, 1 group seramai 7 org sahaja.

dengar je group boleh pilih, si shafiq dgn johan beriya-iya ajak aku masuk group diorang..

nadya: wekk takmo.. kata orang otak blue kan? [wat muka masam2 manis ] (aku bengang lagi ni)

shafiq: hehe..kitorang gurau je la nad..jangan lah marah k? tak comel la masam2..cuba senyum skit.ololol..

ahh malas aku layan...aku bukan merajuk pun. aku terus bangun dan pergi ke abang meor kesayangan ku..hehe

meor: yer, nad? nak masuk group abg ke? [tak tanye pun dah di offer ini dah bagus]

nadya: a'a boleh tak? i dgn kawan i..[sambil wat senyuman paling manis haha]

meor: boleh sangat..meh2

haha aku pun ajak atikah, sambil senyum kt shafiq, nampak sgt dia bengang..sorry la shafiq, kita kan sekelas, sempena orientasi ni aku nak group dgn budak yg bukan sekelas so terbuka skit jaringan kawan2 aku ..hehehe

****************************************************

camera: kelihatan shafiq dan johan sedang merancang 1 conspiracy..

shafiq: ceh..jual mahal btol nadia tu kan..

johan: tu la pasal, kita kena kalahkan diorang dalam game ni!!

sesi mereka pakaian tercantik daripada kertas pun bermula...meor mencadangkan supaya aku jadi model bagi pakaian tu..model ni tugas berat tau, menyumbang 80% kejayaan atau kegagalan pada fashion show..banyak lah??

kitorang pun bertungkus lumus membuat 1 pakaian yg agak seksi dari kertas(kertas surat khabar pulak tu)....short jaket dan short skirt ...design pulak bertema kan vintage..hahah!!

sampai masa presentation, kitorang berjaya menjuarai pertandingan baju tercantik ni melalui juri2 yang bertauliah..heheh..biasa la dah model pun cantik kan (poyo!)

****************************************************

seterusnya acara game lain, tapi tak payah group dah. encik ramly yang dari tadi hanya tgk acara ni dari luar mula masuk dalam bilik kitorang yang agak havoc nie..

pada masa yang sama, aku tengok shafiq cam bad mood je, olololo..manja btol..kne pujuk ke? tadi dia dah reserve seat aku dgn sarah dalam bas..kesian plak nak biar dia camtu..

nadya: hai shafiq...awk merajuk dgn saye ke? [sambil buat muka paling sweet yg boleh]

shafiq: mana ada. [pendek je jawapan dia..sah sah merajuk hahahah!]

nadya: minta maaf ye..pasal tadi tak masuk group awak. next game saya geng dengan awak okay?  [sambil wat muke sweet..kalo merajuk lagi aku blah jerr la]

shafiq: erm, okay..[senyumm]

so next game tu aku partner dgn shafiq,si atikah plak partner dgn johan..... ada beberapa soalan dalam game tu..kne jawab, lepas tu bertukar jawapan dgn partner dan sorang2 akan presentation jawapan partner dia...

antara soalan cepumas dalam game ni:
1) jika korang kahwin dengan salah sorang manusia dalam bilik ni, siapa dia, dan kenapa?

aduh..ni soalan jatuh saham ni...mula2 aku ingat nak biarkan kosong sebab malas nak jawab..tapi aku pikir2 lak, kang shafiq letak nama dia, tak pasal2 kne gosip dgn mamat sengal nie..so aku taruk la..'entah la' ..hahahaha

lepas 10 minit aku tukar2 dgn shafiq. rule dia adalah anda tak boleh tgk jawapan kertas tu melainkan bila dipanggil..

so bermula lah sesi presentations, mmg lawak lah. jawapan budak2 semua cam bodoh2 jer..sebab soalan pun soalan bodoh..hahha

mula2 aku dulu present jawapan shafiq..semua gelak je sebab jawapan sumer sengal..

sampai lah giliran shafiq utk present jawapan aku...

soalan satu..beres..semua gelak jawapan lawak , aku saje letak ..soalan 2,3,4,5,6 semua ok jerr...sampai lah jawapan soalan ke-7...

shafiq: jika korang kahwin dengan salah sorang manusia dalam bilik ni, siapa dia, dan kenapa?

shafiq: jawapan nadya adalah.....en ramly..hahahah...

satu kelas gelak dan pewiitt pewiit kan aku dgn en ramly..owh, ko kene kan aku balik yerr shafiq! bahaya btol la if kne gosip dgn lecturer..siap la ko shafiq!

****************************************************

orientasi tamat dalam pukul  5.00 petang..penat giler..tapi tak tahan lawak ler, asik tergelak je, pastu di gelak..hampes..masa nak kuar dari bilik tu abg meor tegur aku..

meor: hi nadya [senyum] bila kita boleh jumpa lagi?

nadya: urmmm, bila2 pun boleh...kan sama fakulti [smile jugak]

meor: heh, btol jugak yer, nadya..boleh minta number awak?

nadya: owh (ok ni la motif dia tegur aku before aku balik ni hehe)..ni 014-4444488..[ aku sebut kan sambil dia taip dkt handphone dia] miss call ok..[ dgn nada jual mahal, aku takut di salah tafsir lagi, hihihiks]

meor: orait, thanks nadia, ada masa boleh kita keluar minum2

handphone aku pun bernyanyi2 ria. aku check dan save number meor. lepas tu aku blah la turun tingkat 2..aku gerak dgn atikah..., carik sarah..ohh rindu btul aku dgn sarah..

masa turun tangga ramai2 tu, ada mamat lak cuit bahu aku dari blakang..sape lak nie..style2 cuit bahu mesti mahmud ni...

mahmud: hai naddd [sengih]

nadya: ( haa kan btol) hai mahmud...

mahmud: tadi lalu kelas awak..nampak awak bergaya mcm model fashion show..cantik laaa

nadya: cantik keh? thenks...dpt 1st place taw..[bangga diri kejap]

mahmud: mmg anggun menawan lah. rugi la tak group dengan nad..

sampai tingkat 2 aku nampak sarah tgh tercegat tepi tu..borak dgn sape tu..hmm? umar...

nadya: hi umar [sambil senyum kt umar]...sarah, jom baliks [ajak sarah lak]

sarah: ok jom nad..jom [smile kt aku dan umar]

kitorang pun turun ke cafeteria..umar dan mahmud follow kt belakang...dekat cafeteria ada banyak nasi sponsors..kitorang amik laa..perut pun mmg lapar.. dan terus gerak pergi stesen bas untuk balik kolej..hmm malam ni nak kemas bilik lagi...so sampai bilik petang ni nak makan dan rehat aje...

*********************************************************

camera: suasana malam di uikm shah alam...di hiasi dengan lampu2 indah..

malam itu di kolej putera...

danial: hey fiq, ko group dengan nadia eh orientasi tadi?

shafiq: ye la bro, best derr...aku siap kacau2 dia lagi..hehe

danial: peh, untung la ko..camne ko kacau dia?

shafiq: haha, ada la [sambil cerita balik secara details kt danial], aku rasa dah angau kt dia larr..peh dia mmg pandai memujuk beb, boleh jadi calon awek..mata bolat muke lak comel..pehhh geram

danial: hahah..ko nie, dulu cakap badan dia sekeping..ko jgn ckap kuat2 sgt angau2... kang dengar kt mahmud tu..[sambil jeling kt mahmud yang sedang khusyuk main game pes 2011 dengan umar]

shafiq: haha pdulik ape aku kt mahmud...best man win beb..badan dia ok beb..pompuan baru nak naik..geram aku..

danial: certainly. best man wins..aku pun tgh dalam proses mengayat diyana nie...macam bleh mkn je..

camera: sementara itu di kolej puteri......kelihatan 2 org gadis berjalan terkedek2..

nadia dan sarah dalam perjalanan ke koperasi..untuk membeli kudapan2 dan alat tulis...dan topap handphone juga...

sarah: bilik kita ni 2 org aje ke? (heaven la)

nadya: entah laaa awak..tapi dgr2 budak rayuan kolej akan masuk minggu ni..

sarah: rayuan kolej? mesti senior tue..

nadya: yup senior, kite check bilik nancy kt sebelah, dah penuh..budak senior dah masuk...nanti bilik kita plak la penuh...hehe

sarah: ramai2 meriah skit kan [senyum]

nadya: meriah menyepah kan bilik? [saje bergurau hahaha]

bersambung..

****************************************************

No comments:

Post a Comment